Monday, 5 September 2011

SSDM MELANGKAH KE ON-LINE

05 Sept 2011, PPD Kunak, Bengkel Pemantapan Pengisian Data Sistem Salahlaku Disiplin Murid untuk sekolah menengah akan melalui proses pelaporan data secara on-line mulai Julai 2011. Mesyuarat Kali Pertama telah diadakan pada 26 Ogos lalu di PPD Kunak.

Tuesday, 23 August 2011

PIBG SMK MADAI KEHILANGAN TOKOH BERWIBAWA

23 Ogos 2011, Al-Fatihah ke atas roh Allahyarham En. Ismail Rugasan, semoga ditempatkan di kalangan para sholehin. Beliau menghembuskan nafas terakhir petang semalam, 23 Ramadhan 1432H bersamaan 23 Ogos 2011. Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham semoga diberi kesabaran dalam menghadapi cubaan daripada Ilahi.

Thursday, 18 August 2011

LDP: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA)

18 Ogos 2011, Bilik Mesyuarat SMK Madai, Taklimat Tatacata Pengurusan Aset Alih Kerajaan telah dijalankan. Sasaran semua GPK, KB, KP dan Ketua Unit. En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai telah menyampaikan taklimat ini.

Monday, 15 August 2011

TAKLIMAT PENILAIAN PRESTASI KERJA


15 Ogos 2011, Taklimat berkaitan penilaian prestasi kerja dan bekalan telah diberikan kepada pengawal keselamatan SMK Madai. Perjumpaan rutin ini memfokuskan kepada penilaian menggunakan format dan borang baru.

Sunday, 14 August 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK MADAI 2011


Koir Kelab Rukun Negara

Perasmian dan nyanyian patriotik
15 Ogos 2011, bertempat di Dewan Reflesia, SMK Madai, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Madai yang dirasmikan oleh En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai. Berlangsung mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang yang melibatkan perhimpunan pelajar sesi pagi dan petang.


Mendeklamasi Sajak Merdeka


Thursday, 11 August 2011

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI SEKOLAH

En. Zulkifli Safar sedang berucap
Bakal-bakal ahli koperasi











11 Julai 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Madai, Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Madai Berhad berjaya diadakan dengan kehadiran wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia wilayah Lahad Datu, En. Zulkifli Safar

Wednesday, 27 July 2011

WARGANEGARA TANPA DOKUMEN : Y.B. TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 1 MERUNGKAI KEKUSUTAN BERSAMA

YB. Dr. Ir. Wee Ka Siong Mempengerusikan Mesyuarat

26 Julai 2011, TAWAU, YB. Dato Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1 telah mempengerusi majlis dialog bersama peserta Mesyuarat Khas Isu Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen. Dialog ini adalah acara kemuncak kepada mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Turut hadir ialah En. Pemangku SetPol YAB Menteri Pelajaran, YB. Chua Soon Bui, MP Tawau, YB. Datuk Haji Taufik Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan ADUN Apas, YB. Syed Abas Syed Ali ADUN Balung, YB. Abduk Muis Picu ADUN Sebatik, YB. Hjh Hamisah bt Hj Samad ADUN Tanjung Batu, YB. Pang Yuk Ming ADUN Merotai. Dr. Naimah bt Ishak, Timbalan Pengarah Bhg. Perancangan Dasar, En. Roslan Atan, Pegawai Khas (Parlimen) YAB Menteri Pelajaran, Tn. Hj Khairil Awang, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Dr. Masnah bt Ali Muda, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan, En. Yusoff Ali, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pn. Khalijah bt Mohammad, Ketua Sektor Dasar EPRD. En Aslie Sahat, Ketua Sektor Bahagian PengurusanSekolah JPN Sabah, En. Darman Shah Asakil, PPD Tawau dan beberapa pegawai-pegawai dari PPD Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.Intipati dialog telah memberi jawapan kepada kemelut murid-murid warganegara yang tidak mempunyai dokumen. YB. Dr. Ir. Wee Ka Siong menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengamalkan dasar, Pendidikan Untuk Semua (Education For All). Justeru semua pihak, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah sentiasa bekerjasa dengan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen supaya tiada murid atau pelajar warganegara yang tercicir daripada Arus Pendidikan Perdana.

Perkhemahan PMR KRK Bahagian Pantai Timur

10 Julai 2011 Datuk Dr. Muhiddin Yusin Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, telah merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Pelajar PMR Bahagian Pantai Timur, generasi pertama KRK. Program ini julung-julung kali diadakan yang melibatkan SMK Sandakan, SMK Agaseh, SMK Datuk Panglima Abdullah, SMK Balung dan SMK Madai selaku tuan rumah. Amanah Datuk Pengarah di antaranya ialah, pelajar mesti ada keinginan, keyakinan, tindakan/usaha, disiplin/akhlak sebagai pengawal untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Kepada guru-guru beliau menambah perlu bersifat rakan pembimbing, payung, loceng penggera dan penunjuk arah kepada pelajar.

Tuesday, 26 July 2011

PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU BERMULA

Hias Pejabat
26 Julai 2011, Persiapan pihak SMK Madai bermula di pejabat yang bakal menerima Tetamu Khas, YBhg. Dato' Abdul Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 30 Julai 2011. Operasi ini diketuai oleh Cikgu Rachman, merangkap guru pembangunan sekolah. turut sama membantu ialah Cikgu Sainuddin Warisi, Kaunselor sekolah, En. Azrul Arosa dan En. Ridwan Rusli, kedua-duanya Pembantu makmal. Budaya kita meraikan tetamu dengan sebaik mungkin. Marilah bersama kita buat yang terbaik. Memuliakan tetamu adalah satu tuntutan dalam agama.

Monday, 25 July 2011

MESYUARAT PENYELARASAN FASILITATOR KEM PEMANTAPAN AQIDAH PERINGKAT PPD KUNAK

26 Julai 2011, mesyuarat tersebut diadakan di PPD Kunak untuk menyelaraskan pelaksanaan Kem Pemantapan Aqidah (Kem Kemanisan Iman) yang akan diadakan di SMK Madai, pada 30-31 Julai 2011 di SMK Madai. Menurut Ustaz Abu Samah A. Bakar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kunak, kem ini melibatkan 80 orang murid sekolah rendah dan 80 orang sekolah menengah. Pendaftaran peserta mulai jam 2.00 petang pada 30 Julai 2011.