Monday, 25 July 2011

MESYUARAT PENYELARASAN FASILITATOR KEM PEMANTAPAN AQIDAH PERINGKAT PPD KUNAK

26 Julai 2011, mesyuarat tersebut diadakan di PPD Kunak untuk menyelaraskan pelaksanaan Kem Pemantapan Aqidah (Kem Kemanisan Iman) yang akan diadakan di SMK Madai, pada 30-31 Julai 2011 di SMK Madai. Menurut Ustaz Abu Samah A. Bakar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kunak, kem ini melibatkan 80 orang murid sekolah rendah dan 80 orang sekolah menengah. Pendaftaran peserta mulai jam 2.00 petang pada 30 Julai 2011.

GPK HEM MEWAKILI PENGETUA

25 Julai 2011, En. Yakari Sulong, GPK HEM SMK Madai mewakili pengetua ke Mesyuarat Khas Isu Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen. En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai berlepas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Pengetua-pengetua Negeri Sabah. Majlis Khas ini dianjurkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari EPRD, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Pegawai Pelajaran Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Pengetua dan Guru Besar sekolah terpilih turut dijemput. Menurut En. Amzan Abdul Malik, mesyuarat ini akan hadiri Y.B. Datuk Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1. Beberapa ADUN dan MP Parlimen Tawau serta Kalabakan akan turut serta.

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK MADAI MEWAKILI NEGERI SABAH

25 Julai 2011, pelajar Pendidikan Khas SMK Madai mewakli Negeri Sabah ke Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 2011. Majlis ini diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 25-28 Julai 2011.

SMK MADAI TUAN RUMAH MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011

25 Julai 2011, Mesyuarat kali ketiga Jawatankuasa Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat PPD Kunak berlangsung di SMK Madai pagi ini. En. Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak telah mempengerusikan mesyuarat tersebut di Bilik Mesyuarat SMK Madai. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 30 Julai 2011.
sebagai Tuan Rumah, SMK Madai mengetuai Jawatankuasa Floor Manager, Kebersihan, Lalu-lintas, Kerusi Meja serta Hiasan Pentas dan Dewan. Tinjauan Unit Pengurusan HEM pada jam 1600 tadi, Jawatankuasa Hiasan Pentas dan Dewan serta Jawatankuasa Kerusi Meja telah memulakan kerja-kerja persiapan awal. Semua guru di daerah Kunak dijemput hadir yang berjumlah lebih daripada 700 orang. Acara Raptai akan diadakan pada 28 dan 29 Julai 2011 jam 2.00 petang di dewan SMK Madai. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

LAWATAN KE SM. ST PATRICK TAWAU

23 Julai 2011, Badan Pengawas SMK Madai ke SM St. Patrick, Tawau sebagai Lawatan Benchmarking dan Perkongsian Pintar di antara dua buah sekolah. Rombongan ini terdiri daripada 62 pengawas dan 6 guru pengiring yang diketuai oleh Tn. Haji Hamka Kamaruddin. Rombongan ini bertolak dari SMK Madai pada jam 0730.