Saturday, 16 July 2011

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN PERDANA SMK MADAI KALI KELIMA


17 Julai 2011, setelah genap 3 hari 2 malam menjalankan aktiviti perkhemahan, hari ini majlis penutupan akan disempurnakan oleh Y.Bhg. En. Salim Samai mewakili En. Zamri Pehakan, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak pada jam 10.00 pagi. En. Salim Samai mengucapkan syabas kepada semua peserta perkhemahan yang berjaya menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Kepada penganjur beliau mengucapkan "Ribuan Terima Kasih" di atas persiapan yang sebegini rupa. Sebelum itu, beliau menyampaikan salam daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak yang sekarang menghadiri mesyuarat di Kota Kinabalu.

Dalam ucapan sulung En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai pada Jumaat malam, beliau menyentuh berkaitan dengan ketahanan diri peserta perkhemahan dan budaya kreatif yang patut diamalkan dalam kehidupan. Budaya kreatif ini akan lahir apabila keupayaan kita menggunakan otak kanan dan kiri.