Wednesday, 27 July 2011

WARGANEGARA TANPA DOKUMEN : Y.B. TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 1 MERUNGKAI KEKUSUTAN BERSAMA

YB. Dr. Ir. Wee Ka Siong Mempengerusikan Mesyuarat

26 Julai 2011, TAWAU, YB. Dato Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1 telah mempengerusi majlis dialog bersama peserta Mesyuarat Khas Isu Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen. Dialog ini adalah acara kemuncak kepada mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Turut hadir ialah En. Pemangku SetPol YAB Menteri Pelajaran, YB. Chua Soon Bui, MP Tawau, YB. Datuk Haji Taufik Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan ADUN Apas, YB. Syed Abas Syed Ali ADUN Balung, YB. Abduk Muis Picu ADUN Sebatik, YB. Hjh Hamisah bt Hj Samad ADUN Tanjung Batu, YB. Pang Yuk Ming ADUN Merotai. Dr. Naimah bt Ishak, Timbalan Pengarah Bhg. Perancangan Dasar, En. Roslan Atan, Pegawai Khas (Parlimen) YAB Menteri Pelajaran, Tn. Hj Khairil Awang, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Dr. Masnah bt Ali Muda, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan, En. Yusoff Ali, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pn. Khalijah bt Mohammad, Ketua Sektor Dasar EPRD. En Aslie Sahat, Ketua Sektor Bahagian PengurusanSekolah JPN Sabah, En. Darman Shah Asakil, PPD Tawau dan beberapa pegawai-pegawai dari PPD Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.Intipati dialog telah memberi jawapan kepada kemelut murid-murid warganegara yang tidak mempunyai dokumen. YB. Dr. Ir. Wee Ka Siong menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengamalkan dasar, Pendidikan Untuk Semua (Education For All). Justeru semua pihak, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah sentiasa bekerjasa dengan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen supaya tiada murid atau pelajar warganegara yang tercicir daripada Arus Pendidikan Perdana.

Perkhemahan PMR KRK Bahagian Pantai Timur

10 Julai 2011 Datuk Dr. Muhiddin Yusin Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, telah merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Pelajar PMR Bahagian Pantai Timur, generasi pertama KRK. Program ini julung-julung kali diadakan yang melibatkan SMK Sandakan, SMK Agaseh, SMK Datuk Panglima Abdullah, SMK Balung dan SMK Madai selaku tuan rumah. Amanah Datuk Pengarah di antaranya ialah, pelajar mesti ada keinginan, keyakinan, tindakan/usaha, disiplin/akhlak sebagai pengawal untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Kepada guru-guru beliau menambah perlu bersifat rakan pembimbing, payung, loceng penggera dan penunjuk arah kepada pelajar.

Tuesday, 26 July 2011

PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU BERMULA

Hias Pejabat
26 Julai 2011, Persiapan pihak SMK Madai bermula di pejabat yang bakal menerima Tetamu Khas, YBhg. Dato' Abdul Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 30 Julai 2011. Operasi ini diketuai oleh Cikgu Rachman, merangkap guru pembangunan sekolah. turut sama membantu ialah Cikgu Sainuddin Warisi, Kaunselor sekolah, En. Azrul Arosa dan En. Ridwan Rusli, kedua-duanya Pembantu makmal. Budaya kita meraikan tetamu dengan sebaik mungkin. Marilah bersama kita buat yang terbaik. Memuliakan tetamu adalah satu tuntutan dalam agama.

Monday, 25 July 2011

MESYUARAT PENYELARASAN FASILITATOR KEM PEMANTAPAN AQIDAH PERINGKAT PPD KUNAK

26 Julai 2011, mesyuarat tersebut diadakan di PPD Kunak untuk menyelaraskan pelaksanaan Kem Pemantapan Aqidah (Kem Kemanisan Iman) yang akan diadakan di SMK Madai, pada 30-31 Julai 2011 di SMK Madai. Menurut Ustaz Abu Samah A. Bakar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kunak, kem ini melibatkan 80 orang murid sekolah rendah dan 80 orang sekolah menengah. Pendaftaran peserta mulai jam 2.00 petang pada 30 Julai 2011.

GPK HEM MEWAKILI PENGETUA

25 Julai 2011, En. Yakari Sulong, GPK HEM SMK Madai mewakili pengetua ke Mesyuarat Khas Isu Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen. En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai berlepas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Pengetua-pengetua Negeri Sabah. Majlis Khas ini dianjurkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari EPRD, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Pegawai Pelajaran Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Pengetua dan Guru Besar sekolah terpilih turut dijemput. Menurut En. Amzan Abdul Malik, mesyuarat ini akan hadiri Y.B. Datuk Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1. Beberapa ADUN dan MP Parlimen Tawau serta Kalabakan akan turut serta.

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK MADAI MEWAKILI NEGERI SABAH

25 Julai 2011, pelajar Pendidikan Khas SMK Madai mewakli Negeri Sabah ke Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 2011. Majlis ini diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 25-28 Julai 2011.

SMK MADAI TUAN RUMAH MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011

25 Julai 2011, Mesyuarat kali ketiga Jawatankuasa Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat PPD Kunak berlangsung di SMK Madai pagi ini. En. Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak telah mempengerusikan mesyuarat tersebut di Bilik Mesyuarat SMK Madai. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 30 Julai 2011.
sebagai Tuan Rumah, SMK Madai mengetuai Jawatankuasa Floor Manager, Kebersihan, Lalu-lintas, Kerusi Meja serta Hiasan Pentas dan Dewan. Tinjauan Unit Pengurusan HEM pada jam 1600 tadi, Jawatankuasa Hiasan Pentas dan Dewan serta Jawatankuasa Kerusi Meja telah memulakan kerja-kerja persiapan awal. Semua guru di daerah Kunak dijemput hadir yang berjumlah lebih daripada 700 orang. Acara Raptai akan diadakan pada 28 dan 29 Julai 2011 jam 2.00 petang di dewan SMK Madai. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

LAWATAN KE SM. ST PATRICK TAWAU

23 Julai 2011, Badan Pengawas SMK Madai ke SM St. Patrick, Tawau sebagai Lawatan Benchmarking dan Perkongsian Pintar di antara dua buah sekolah. Rombongan ini terdiri daripada 62 pengawas dan 6 guru pengiring yang diketuai oleh Tn. Haji Hamka Kamaruddin. Rombongan ini bertolak dari SMK Madai pada jam 0730.

Thursday, 21 July 2011

IHYA' DAN IFTAR RAMADHAN

Jawatankuasa Program Ihya' dan Iftar Ramadhan Bermesyuarat

21.07.2011, Jawatankuasa Kerja Iftar (majlis Berbuka Puasa) dan Ihya' Ramadhan, SMK Madai 2011/1432H telah bermesyuarat di Bilik Mesyuarat untuk mengambil tindakan awal berkaitan dengan program di atas. Beberapa cadangan telah dirumuskan untuk dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Induk. Menurut sumber daripada Cik Zaliza Hassan, merangkap setiausaha program keputusan awal telah diambil di antaranya pengisian dan hari dan tarikh program tersebut. Semua GPK turut hadir.

Wednesday, 20 July 2011

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

20.07.2011, Ceramah Di Ambang Ramadhan telah diadakan di Surau Darul Fitrah SMK Madai. Penceramah undangan dari SMK Kunak Jaya, Ustaz Abdullah Muhammad. Peserta ceramah terdiri daripada 222 penghuni aspura dan aspuri. Ustaz Abdul Aziz Sulaiman selaku Ketua Panatia Pendidikan Islam merangkap pengerusi majlis bersama-sama En. Jamiruddin Kassim, Ketua Warden, En. Sainuddin Warisi, kaunselor turut hadir. Program ini dimulai dengan sholat Maghrib berjemaah, ceramah serta soal-jawab dan diakhir dengan sholat 'Isya'. Pencermah mengulas kelebihan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. Malam Lailatul Qadar dan kelebihannya turut diutarakan. Guru-guru dari panatia pendidikan Islam turut meramaikan majlis ini, di antaranya ustazah Norhasdarinar, Norfaezah bt Kasiran dan Cik Hasliza serta ustaz Zulkifli Aradhi. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan ibadah puasa telah jelaskan dengan baik oleh penceramah. Guru-guru dari Kelas Pendidikan Khas yang hadir ialah Norhashimah Salleh dan Salmia Amiruddin serta Nik Nurhafizah Nik Razali, Penolong Setiausaha HEM. Turut serta Cikgu Nawali Sahali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan dan Penguatkuasa Asrama, Cikgu Muhd Ridzwan Johari dan Ahmad Syazwan Rosli merangkap pegawai pengiring penceramah. Penyampaian cederamata disempurnakan oleh En.Yakari Sulong, GPK HEM SMK Madai.

SMK MADAI AKAN MEMPUNYAI KOPERASI

20.07.2011, Berita gembira untuk warga SMK Madai apabila Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah telah meluluskan permohonan penubuhan Koperasi SMK Madai Berhad (Dalam Penubuhan). Sumber dipetik daripada Setiausaha Jawatankuasa Penaja, Cikgu Samri Chongo.

Tuesday, 19 July 2011

ROADSHOW SERASI DAN SEKOLAH LESTARI 2011/2012

Generasi Pewaris


20.07.2011, Roadshow(promosi) Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) dan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar 2011/2012 telah diadakan di PPD Kunak. SMK Madai diwakili oleh Cikgu Rosnani Saiki merangkap Guru Penasihat Kelab Pencipta Alam. SMK Madai telah terpilih sebagai Program Sekolah Lestari di Parlimen 188 Silam. Taklimat ini diberikan oleh En. Yusof Awang dari Jabatan Perhutanan Sabah.

KEM PEMANTAPAN AQIDAH (KEMANISAN IMAN) 2011

Taklimat oleh En. Zamri Pehakan (berkot), PPD Kunak
dan di kirinya Ust. Abu Samah A. Bakar Penyelia Agama
30-31 Julai 2011, Kem Pemantapan Aqidah peringkat PPD Kunak akan diadakan di SMK Madai. Sumber daripada Penyelia Agama Daerah, Ustaz Abu Samah A. Bakar, kem ini melibatkan 160 pelajar dari semua sekolah di daerah ini. Beliau memaklumkan bahawa satu mesyuarat peringkat jawatankuasa pelaksana telah diadakan di PPD Kunak pada 19.07.2011. En. Zamri Pehakan Pegawai Pelajaran Kunak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Kem ini akan melibatkan 20 penceramah dan fasilitator di kalangan guru-guru pendidikan Islam daerah ini. Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Saiful Zaman Sangul, Pemangku Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada 31.07.2011. Ceramah, LDK, kuliah, CCTV dan X-plorace di antara pengisian yang dirancangkan.

Saturday, 16 July 2011

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN PERDANA SMK MADAI KALI KELIMA


17 Julai 2011, setelah genap 3 hari 2 malam menjalankan aktiviti perkhemahan, hari ini majlis penutupan akan disempurnakan oleh Y.Bhg. En. Salim Samai mewakili En. Zamri Pehakan, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak pada jam 10.00 pagi. En. Salim Samai mengucapkan syabas kepada semua peserta perkhemahan yang berjaya menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Kepada penganjur beliau mengucapkan "Ribuan Terima Kasih" di atas persiapan yang sebegini rupa. Sebelum itu, beliau menyampaikan salam daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak yang sekarang menghadiri mesyuarat di Kota Kinabalu.

Dalam ucapan sulung En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai pada Jumaat malam, beliau menyentuh berkaitan dengan ketahanan diri peserta perkhemahan dan budaya kreatif yang patut diamalkan dalam kehidupan. Budaya kreatif ini akan lahir apabila keupayaan kita menggunakan otak kanan dan kiri.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM KALI KELIMA

Bersedia ke surau
15-17.07.2011, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMK Madai kali kelima sedang dijalankan. sebaik saja selesai bacaan Surah Yasin yang menjadi aktiviti tradisi setiap hari Jumaat, peserta perkhemahan yang terlibat dengan pertandingan Kawad Kaki membuat aktiviti pemanasan "Kawad Kaki" sebelum diuji mulai jam 0900. Sesi ini berlangsung di dataran Kejat SMK Madai dan diselaraskan oleh En. Samri bin Chongo dan dibantu oleh Puan Nurfarhana Gutierez.
jam 0800 malam ini, En. Masnon bin Maswan akan memberi ucapan sulung dalam Perkhemahan Perdana Kali Kelima bertajuk, "Kokurikulum Membentuk Ketahanan Diri dan Budaya Kreatif". Dalam tinjauan En. Yakari Sulong GPK HEM SMK Madai, jam 0615 di tapak perkhemahan suasana sangat ceria dengan persiapan makan malam dan sholat maghrib.

SMK MADAI DILAWATI PEMANTAU

14 Julai 2011, dua pemantau dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah memantau kurikulum, pengurusan HEM, kewangan dan kokurikulum. Taklimat ringkas telah diadakan di bilik mesyuarat SMK Madai dan pemeriksaan fail dan lawatan fizikal sekolah dijalan serentak.

Larian 1Murid 1Sukan

Tepat 0745 semua murid SK Madai dan SMK Madai dilepaskan oleh secara simbolik oleh En. CR Zulkifli bin Ali Basha, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Masnon Maswan, Pengetua SMK Madai dan Puan Safinah bte Chulling, Guru Besar SM Madai.